Friday, April 13, 2007

SMSTMFP di antara yang elit

Pengumuman yang dibuat tak lama dulu memang boleh sangat dibanggakan. Apatah lagi bila sekolah kita ditaraf bersekali dengan MCKK, TKC, SAS dan KIK. Dengan pengiktirafan sedemikian, bolehlah SMSTMFP dinobat bersama-sama elit SBP yang memang terkenal sebelum ini.

SMSTMFP telah dipilih sebagai salah sebuah SBP untuk merintis program Kelompok Sekolah Cemerlang, atau lebih dikenali sebagai Sekolah Kluster. Program Sekolah Kluster adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan setaraf negara maju.

Konsep utama Sekolah kluster ini memberi 5 kuasa autonomi dari segi:

1. Pengurusan Sumber Manusia (guru, kakitangan dan kepakaran luar)
2. Mewujudkan Dana dan Tabungan Sekolah
3. Pengambilan Murid (sehingga 10% dari jumlah kemasukan)
4. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
5. Penilaian dan Peperiksaan

Walaupun ada terdengar suara kritikan tentang keberkesanan program ini, apa yang penting ialah usaha dan sumbangan kita sebagai bekas pelajar untuk menjayakan program ini. Sememangnya mungkin ada kepincangan dan kelemahan dalam sesuatu program kerajaan, tetapi kita tidak seharusnya menolak begitu sahaja. Sama-sama lah kita melihat dari sudut yang positif, dan kita fikirkan apa yang kita mampu sumbangkan dalam usaha untuk manaik-taraf prestasi dan mutu produk keluaran SMSTMFP. Mungkin suatu hari nanti, anak-anak kita sendiri akan belajar disana.

Konsep Sekolah Kluster ini pada hemat saya adalah satu langkah positif kearah memartabatkan sistem pendidikan negara. Kita sendiri dapat melihat sekarang bahawa produk dari sistem pelajaran yang sedia ada tidaklah memberangsangkan jika dibanding dengan negara-negara maju yang lain. Yang penting, kita janganlah sekadar melihat dan mengkritik usaha-usaha kerajaan tanpa berbuat apa-apa.

Saya berharap pihak pengurusan SMSTMFP akan lebih dinamik dan kreatif dalam melaksanakan usaha-usaha untuk menjayakan program ini. Penerapan awal nilai-nilai kualiti kedalam minda para pelajar haruslah diberi keutamaan supaya nilai-nilai ini menjadi asas panduan kecemerlang mereka. Ini menjadi lebih penting kerana dalam usia yang muda inilah asas-asas sebegini membentuk keperibadian seseorang pelajar.

Kita juga patut berterima kasih kepada sekelian ahli-ahli SEMESTA yang tidak putus-putus menyumbang tenaga dan masa untuk sekolah. Mungkin juga peranan mereka ini menyumbang kepada pemilihan SMSTMFP untuk merintis program Sekolah Kluster. Jesteru itu, marilah kita bersama-sama bergandingan dengan ahli-ahli lain SEMESTA untuk turut sama menyumbang kearah meningkatkan mutu produk SMSTMFP dan seterusnya memartabatkan sistem pendidikan negara kita ini.

1 Comments:

At April 16, 2007 10:22 PM, Blogger taja said...

After over 35 years of producing the Cream of The Cream, this is an overdue recognition to SMSK@SMSTMFP over it glorious past.

I m sure the "elite" status will motivate both the present batch of acedemicians and students to continue giving the best and keep the flag flying up high.

 

Post a Comment

<< Home