Sunday, May 07, 2006

Hari Keluarga SEMESTA86

Tup...tap...tup...tap... sudoh 20 tahun doh kita meninggalkan Sekoloh Sains Kelate. Mace2 sudoh berlaku dan masing2 telah dan sedang menuju arah dan haluan tersendiri. Tetapi, kenangan selama 5 tahun di SMSKn masih tetap mekar di sanubari tiap2 diantara kita.

Jadi, sempena menyambut ulangtahun ke-20 kita meninggalkan semua itu dalam kenangan, pihak Kelab SEMESTA86 akan menganjurkan Hari Keluarga SEMESTA86 pada 8 - 10 Jun 2006 di Muara Beach Resort, Jalan Kuantan-Kemaman, Balok, Kuantan, Pahang.

Dengan sukacitanya pihak Kelab SEMESTA86 menjemput Tuan dan Puan sekelian, serta kaum keluaraga untuk mengambil bahagian dalam program ini.

Pihak Kelab telah berjaya untuk mendapatkan harga istimewa untuk program ini. Ahli hanya perlu membayar RM350.00 (untuk 2 dewasa) untuk program ini. Bayaran ini ialah untuk penginapan 3 hari 2 malam, sarapan untuk 2 dewasa (2 hari), BBQ dinner untuk 2 dewasa dan kemudahan resort. Untuk ahli yang membawa anak dan/atau maid (orang gaji), kos tambahan adalah seperti berikut:

1. Extra bed: RM15.00 / night
2. Extra pillow: RM2.00 / night
3. Extra towel: RM5.00 / night
4. Extra b/fast: RM6.00 / adult, RM3.00 / children (6 - 12 years old)
5. Exta dinner: RM26.00 / adult, RM13 / children (6 - 12 years old)

(Children below 5 years old - makan free!)

Program dan aktiviti telahpun dihantar secara mel biasa kepada semua ahli. Tapi, mungkin ada hok tercicir nama atau tok sampai, mintok tulong talipon Jasme ko, Naim ko, Matju ko, Norazian a.k.a. Along ko, Rosnawati ko, Ghosed ko.... Kalu takdok nombor h/p puok2 ni, sila tanyo la ko member2 lain atau sila klik "comments" dibawah dan bagitahu kami dan tinggalkan nama dan contact info supaya kami dapat menghubungi anda sekelian.

Pihak Kelab amat2 lah mengharapkan penyertaan ahli semua. Setakat ni sudah 20 ahli dan kaum keluarga telahpun mendaftar.

ANDA BILA LAGI?